Merenunglah dan Bersyukurlah

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air serta masih banyak lagi yang lainnya adalah nikmat yang telah di berikan Allah kepada kita. Allah berfirman di dalam surah Ibrahim:34 yang bermaksud:

...sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya...

demikian besar nikmat Allah yang telah di anugerahkan kepada kita. dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah di ciptakan Allah untuk kita tetapi kita tidak menyedarinya, kita menguasai kehidupan tetapi kita tidak pernah mengetahuinya. firman Allah lagi :

...Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin ...(Luqman:20)

Kita telah di beri sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

...maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? (Ar-Rahman:13)

Apakah kita mengira bahawa berjalan dengan kedua kaki itu meruapakan sesuatu yang biasa, pada hal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki. Apakah kita mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, pada hal masih banyak manusia yang kehilangan kedua betisnya. Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menganggunya. Pernahkah kita merasa nista ketika kita dapat menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai.

Renungkan lah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan kita daripada ketulian, kebutaan dan ingatlah kulit yang cantik yang terhindar daripada penyakit gatal dan kudis. perhatikan juga fungsi otak kita, Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah kita ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah kita menjual pendengaran kita seharga perak satu bukit? Apakah kita mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah kita, namun kita bisu? apakah kita mahu menukar kedua tangan dengan butiran-butiran permata dan berlian, namun kita kudung?

Kita sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya kita tidak pernah menyedarinya. Bahkan kita hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap helah dunia, pada hal kita masih memilih makanan yang enak untuk di santap, air yang segar untuk di teguk, tidur yang nyeyak dan kesihatan yang stabil.

Kita seringkali memikirkan sesuatu yang hilang, sehingga kita lupa untuk mensyukuri akan nikmat yang ada di hadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material pada hal kita masih memiliki kunci kebahagian, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah.

Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah, Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Zariyat:21)

Lihatlah diri kita, keluarga kita, pekerjaan kita, kesihatan kita, sahabat dan dunia sekeliling kita. Dan janganlah termasuk di dalam golongan :

Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya...(An-Nahl:83)

0 Response to "Merenunglah dan Bersyukurlah"

Post a Comment

Powered by Blogger